Apa khabar iman? Yazid au yanqus?

Announce

Hai awak dan awakk,, Solat dulu yok!

Feb 28, 2015

Sentap lagi Menyentapkan

1. sentap itu satu perasaan macam korang kena tampar laju-laju kat pipi. ha,, boleh rasa? sakit tak sakit.

2. sentap tu boleh diibaratkan jugak macam ada satu lori truck jatuh dari langit dan menghempap korang. boleh mati tau. *ini exaggerate*

3. sentap tu rasanya apabila hati korang macam ditarik-tarik apabila mendengar sesuatu yang betul-betul kena dengan batang hidung sendiri.

4. sentap tu terasa apabila sesuatu perkara tu membuatkan hati korang tersentuh dengan sendirinya tanpa dipaksa pun.

apa-apa pun definisinya. boleh bukak kamus dewan kalau nak lagi tepat. erk.. ada ke?

pernah dengar Tarbiah Sentap? pernah? bagus. *thumbs up*

semalam admin kepada page facebook dan blog tersebut datang surau di kawasan perumahan saya ni. ceramah la kiranya.

muda je rupanya admin ni. nama Ustaz Adnin. umur pulak sebaya dengan Along saya. baru kahwin bulan Januari hari tu. beliau kata ni first time dia buat talk kat dalam surau. selalunya dia bagi talk kat sekolah atau universiti je.

dan sepanjang talk beliau, memang muka saya ni dah numb kot sebab rasa macam kena tampar berkali-kali. rasa macam segala apa yang dikatakan, papp! kena batang hidung sendiri.

saya sebelum ni pernah la jugak baca blog beliau. facebook saya tak layan. dan masa saya baca blog beliau tu, rasa la jugak yang admin ni macam agak syadid la dia punya point of view. yes, setiap orang ada cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah.

ada yang lembut, ada yang bersahaja, ada yang berlawak, ada yang tegas.

sebab umat manusia ni ramai dan punya pelbagai sifat, adanya pendakwah yang menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan ni merupakan satu rahmat sebenarnya.

oke, berbalik kepada talk beliau tadi, apa yang membuatkan saya tersentap dengan sendiri nya?

salah satunya, beliau ada cerita masa tu, beliau nampak ada beberapa orang pelajar perempuan kat universiti beliau macam berkumpul kat satu meja ni, ada laptop kat tengah, pastu semuanya dok menangis sakan. ingatkan apa, rupanya tengah layan drama korea jepun. dah la perempuan tu ada yang berpurdah la bagai.

mana tak sentap weh? saya dah berpuluh kali menangis sambil layan drama. bukan nak kata apa. tapi kena tahu jugak la drama apa yang diorang tengok, sebab apa diorang menangis. saya ni menangis time layan drama selalunya pasal family je. kalau bab cintan cintun ni, takde la sedih sangat kot kalau hero mati ke apa.

lagi satu beliau kata, masalahnya sekarang ni bukan lelaki je kena tundukkan pandangan, tapi perempuan pun sama. lagi-lagi remaja perempuan sekarang ni pulak pantang betul tengok pelakon hensem. dijadikan wallpaper handphone la, profile picture la.

okayy,, saya mengaku! saya suka pelakon yang hensem, huhu. tapi saya takde la jadikan wallpaper bagai. cukup setakat suka. takdenya nak stalk fb, insta, twitter bagai.

bagi orang yang tak minat drama la hiburan ni semua kan, memang sangat beruntunglah sebab nya senanglah cakap nak condemn orang lain. ingat kita punya pemikiran ni semua sama ke? minat kita lain-lain, cara kita lepas stress lain-lain. kita tak boleh nak expect semua orang boleh ikut cara kita. dan kita juga tak boleh anggap apa yang kita buat tu semua betul dan orang lain salah.

saya, awak, dia dan mereka.

banyak lagi sebenar kata-kata beliau yang menyentapkan. walaupun rasa disentap tu sangat tak best, tapi saya beli jugak buku beliau ni.




inshaAllah saya akan kongsikan apa yang akan saya baca dalam buku ni buat pembaca sekalian ye. harapnya hati saya mampu bertahan dengan sentapan demi sentapan yang akan diberikan. huhu. boleh jugak korang ke sini.

nak berubah jadi baik tu ingat senang?

#mohonsentap


p/s: anggap je la sentapan yang terasa tu adalah teguran Dia kepada hambaNya.

Feb 22, 2015

It's Gray!

orait. sila terkejut. eleh, tu pun kalau ada orang perasan.. perasan tak wahai pembacaku sekalian? *wink2* blog ini dah bertukar wajah buat kali keberapa pun tak tahu. rasa fresh tak gitu??

kenapa kaler gray? sangat tak attractive langsung. dull jek. penangan 50 Shades of Grey la kot. haha, takde kaitan langsung. -_- sebenarnya nak menggambarkan perasaan saya yang dah habis sekolah ni. macam ni lah. kelabu jek. no colours. rasa nak pegi sekolah balikk! serius weh! hahaha. gedikk. :p

somehow i get this feeling, yang blog ni ada ramaaii silent reader. cehh poyos gilos. takde la. sebab kan,, pageview selalu naik mendadak kalau ada post baru. tapi yang komen pulak berapa kerat jek. kihkih. kang tutup blog ni kang, baru tau! pegi komen cepat!

takde la, gurau saja. saya tahu sangat jadi silent reader ni pasal apa, sebab saya pun sama jek. follow blog punya la banyak tapi tak pernah sekali pun komen kat diorang. segannnn. *lame*

perasan lagi tak? pegi scroll sampai bawah. haha. memang tak perasan punye. post(s) dari 2009 dan 2010 dah takde~ tak delete pun. bawak ke draft je. sebab kan,, bila baca balik, rasa segan gile. bahasa dah la tahape-hape. mengarut je pulak tu. tsk tsk.

memandangkan blog ni dah lama wujud, pernah jugak la terfikir nak tutup je la terus atau buat blog baru ke,, tapi macam leceh je. so i choose to continue blogging here. but someday boleh je saya hilang tiba-tiba dan korang yang selama ni dok baca blog ni tetiba je satu hari tu bukak and then dia tulis, page not found. hahaha. kemungkinan tu sentiasa ada. *bajet ramai reader je*

dah la nama blog pun daripada dulu tak bertukar. sebab sayang satu hal, sebab takde idea pun satu hal. url blog pun untuk kini dan selamanyalah memang takkan bertukar. >>alulagemini<< kan comeyy kan. entah korang perasan ke tak selama ni, main dok baca je.

nama saya pulak dah bertukar-tukar. yang ingat mula-mula 'Kak Alula' pastu jadi 'Loola' dan berakhir dengan 'Sis'. erk,, lame sangat der Sis ni sebenarnya. kat kedai ada nama Sis, rancangan tv kat tv9 tu pun nama Sis. dan bersepah jugak nickname orang lain nama Sis. apelaaa -_-

apapun, kalau saya rasa dah malas nak menulis, saya akan bagitahu la, jangan risau. although, writing is my passion kott. huhu.

i'll keep writing and keep writing and keep writing and keep writing, walaupun dah takde sape nak baca. haha. poyos buat kali kedua. :p

saya saaaayaangg blog yang telah mencoretkan hampir separuh zaman remaja saya ni. *big hug* saya jugak saaayaangg sekalian pembaca tegar segala coretan mengarut saya ni dari dulu sampai sekarang. *group hug* birthday blog ni 9 October ye u'allz. heeee~